Sepertimana jenama ‘Foodpanda’, ‘GrabFood’, ‘DeliverEat.my’ dan ‘DahMakan’ telah mempermudahkan urusan orang ramai untuk membeli makanan serta barangan tanpa perlu keluar rumah, rakyat Malaysia kini diberikan ‘option’ penghantaran terbaharu yang dikenali sebagai ‘TAPAW’. Tapaw adalah sebuah syarikat ‘startup’ baharu keluaran Malaysia, yang mula menjengah pasaran perniagaan tempatan pada bulan September 2020. Syarikat Tapaw Groups Sdn Bhd yang berpengkalan di Shah Alam, Selangor ini dikatakan memiliki potensi nilaian sebanyak RM1 Juta. Pada 15 Disember 2020, jenama ini telah diperkenalkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Perlis menerusi penganjuran majlis pelancaran aplikasi Tapaw yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar. Menurut kenyataan YAB Datuk Seri Azlan Man (Menteri Besar Perlis), Tapaw adalah jenama yang dibangunkan oleh anak jati Perlis. Tambah beliau, syarikat ini berpotensi untuk menawarkan sebanyak 100 000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia, khususn